Hutan Bandar

 
CBOX

GoogleAd
Google
Flag Game
YahooGroup
Subscribe to hutanbandar
Powered by groups.yahoo.com
visitor stats
Belum cuba dah gagal?
Wednesday, February 13, 2008



"Kau nak buat benda tu? Tak payah lah..mesti tak percaya punya."
"Jangan buang masa kau. Takkan berjaya percubaan kau tu."
"Takut lah aku nak buat. Kalau gagal nanti macam mana?"

Itu lah antara dialog-dialog yang seringkali boleh kita dengar dari orang sekeliling ataupon diri kita sendiri bila kita nak buat sesuatu yang agak mencabar, yang baru, yang kita tak pasti akan berjaya atau tidak. Ramai antara kita yang tidak berani untuk mencuba.

Kalau belum buat apa-apa dah mengaku kalah, macam mana nak menang? Kita kena kuatkan semangat. Jangan mengalah. Yakin boleh. Mesti boleh. Malaysia boleh.

Orang-orang yang berjaya di sekeliling kita pon ramai yang pernah gagal sebelum berjaya. Kenapa mereka boleh berjaya juga akhirnya? Sebab mereka tak takut gagal. Kalau mereka takut gagal, mesti mereka akan berhenti separuh jalan ataupon langsung tak mulakan langkah pertama pon untuk melakukan sesuatu.

Anda bagaimana? Orang yang berani gagal? Orang yang takut gagal? Orang yang tak pernah gagal?Tepuk dada tanyalah diri anda.
posted by Pusat Tuisyen Wadah Intelek @ 2/13/2008 04:31:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Waktu Solat
About Me

Name: Pusat Tuisyen Wadah Intelek
Home: Dungun, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Neo

© 2006 Hutan Bandar Template by Isnaini Dot Com