Hutan Bandar

 
CBOX

GoogleAd
Google
Flag Game
YahooGroup
Subscribe to hutanbandar
Powered by groups.yahoo.com
visitor stats
Esok-esok lah
Thursday, February 14, 2008



"Aduh.........malasnya aku hari ni.Esok jek la aku buat"
"Hari ni aku buat banyak ni dah la. Sambung lain kali pulak".
"Susahnya benda ni...esok la aku siapkan...."


dan macam-macam lagi lah ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Sikap bertangguh ni ada dalam diri hampir setiap orang. Cuma orang yang pandai merancang masa je dapat hindarkan diri dari penyakit ni.

Bertangguh ni amat bahaya sebenarnya. Lepas sehari, sehari lagi sesuatu perkara yang kita nak buat tu ditangguhkan, kemudian dalam sedar tak sedar, dah terlalu lama benda tu ditangguhkan. Kalau setakat tangguh saja takpe lagi. Kalau sampai terus tak buat macam mana?

Ambil satu contoh, solat isyak. Orang kita biasanya makan dalam pukul 8.30 ~ 9.00 malam. Lepas makan, perut kenyang pulak. Lepas tu nampak siaran menarik kat TV.
"aa...tengok tv jap la..lepas ni la semayang isyak."
Dah asyik tengok TV, last-last, mengantuk.
"huah..mengantuk la pulak..tidur kejap la..nanti aku bangun semayang"..
Tangguh lagi. Kalau boleh bangun tak pe lah. Kalau bangun-bangun dah subuh macam mana?
Pernah ada pengalaman begini?

Itu bab solat. Kalau bab kerja pon sama juga. Bos kasi kerja, macam senang jek.
"Ala, kejap lagi la buat..."
lepas tu, dapat kerja lain..dapat lagi kerja..dapat lagi..ha..kalau kerja yang awal-awal tadi tak buat, macam mana nak buat kerja baru?

Banyak lagi contoh yang boleh dilihat.Bertangguh tak berfaedah. Kalau boleh diselesaikan sesuatu perkara tu, cepat-cepatlah selesaikan. Nanti boleh buat benda lain pulak.

"Tak pe la...esok-esok lah aku berubah".....................
posted by Hidier @ 2/14/2008 05:12:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Waktu Solat
About Me

Name: Hidier
Home: Dungun, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Neo

© 2006 Hutan Bandar Template by Isnaini Dot Com