Hutan Bandar

 
CBOX

GoogleAd
Google
Flag Game
YahooGroup
Subscribe to hutanbandar
Powered by groups.yahoo.com
visitor stats
Cuba, gagal, berhenti?
Sunday, February 17, 2008


Semalam saya pergi menjala dengan seorang kawan. Ini kali pertama saya menjala sebenarnya. Nampak mudah tapi untuk the beginner macam saya ni susah lah jugak. Berapa kali tebar, jala tak jugak nak kembang. Hasilnya, saya tak dapat seekor pon hasil jala semalam. Huhu..Nasib baik lah ada pasang pukat, ada lah jugak hasil dari pukat tu.

Kiranya, percubaan pertama saya gagal lah. Nak teruskan menjala lain kali ataupon terus berhenti? Mesti pelbagai pendapat ada kan. Ada yang suruh berhenti, ada yang suruh cuba lagi, ada yang tak kisah nak buat apa-apa pon.

Begitu jugaklah dengan kehidupan kita sehari-hari ni. Setiap percubaan mesti ada yang berjaya dan yang gagal. Tapi yang penting kita harus cuba dulu. Dah cuba baru tahu berjaya atau gagal. Macam kes menjala saya tu la. Bukan lah gagal, cuma tak berjaya pada percubaan pertama. :)

Ada orang yang tak berjaya pada percubaan pertama, terus berhenti mencuba. Maksudnya, dia gagal lah kot. Ada yang cuba lagi sehingga berjaya. Sikap macam ni yang kita nak. Ada yang berhenti, tapi merancang strategi baru untuk berjaya. Sikap macam ni pon OK jugak.

So terpulanglah kepada anda. Yang penting, anda harus cuba dulu. Baru tahu berjaya atau gagal.

Jangan anggap gagal sebelum mencuba.

posted by Hidier @ 2/17/2008 05:06:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Waktu Solat
About Me

Name: Hidier
Home: Dungun, Terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Subscribe
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Add to Google

Add to My Yahoo!

Neo

© 2006 Hutan Bandar Template by Isnaini Dot Com